• Mts Zakat; Sucikan Diri Bersihkan Harta

Maklumat Zakat

Maklumat Zakat

ZAKAT EMAS / PERAK

Emas dan perak adalah hasil bumi yang memberi manfaat sama ada dalam bentuk asal atau siap diproses. Syariat mengharuskan emas dan perak digunakan dalam bentuk wang dan perhiasan.

Read More

ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu Muslim lelaki dan perempuan yang berkemampuan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.


Read More

ZAKAT PENDAPATAN

Pendapatan termasuklah segala jenis hasil pendapatan atau pulangan sebagai balasan perkhidmatan wang berupa gaji, upah, bonus, dividen, hasil sewaan, royalti, hibah, elaun, honorarium, pampasan, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain bentuk perolehan dan apa jua pendapatan berdasarkan kerjaya atau sebagai ahli profesional.

Read More

ZAKAT PERNIAGAAN

Zakat Perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan. Bentuk-bentuk perniagaan ialah:
• Perniagaan persendirian (tunggal)
• Perniagaan perkongsian
• Perniagaan syarikat
• Koperasi

Read More

ZAKAT TERNAKAN

Zakat binatang ternakan ialah zakat yang diwajibkan ke atas binatang-binatang yang dipelihara iaitu lembu, kerbau, kambing, biri-biri, kibas dan unta apabila sempurna syarat-syaratnya.


Read More

ZAKAT WANG SIMPANAN

Zakat Wang Simpanan merupakan zakat yang dikenakan ke atas wang yang disimpan sama ada dalam bentuk wang kertas, syiling atau yang setaraf dengan emas dan perak di mana ia memberi kuasa beli kepada penggunaanya. Zakat Wang Simpanan adalah merangkumi simpanan di dalam Akaun Simpanan, Simpanan Tetap, Simpanan Semasa serta lain-lain bentuk simpanan.

Read More

Rakan Kerjasama