• Mts Zakat; Sucikan Diri Bersihkan Harta

ZAKAT WANG SIMPANAN

ZAKAT WANG SIMPANAN

PERGERTIAN

Zakat Wang Simpanan merupakan zakat yang dikenakan ke atas wang yang disimpan sama ada dalam bentuk wang kertas, syiling atau yang setaraf dengan emas dan perak di mana ia memberi kuasa beli kepada penggunaanya. Zakat Wang Simpanan adalah merangkumi simpanan di dalam Akaun Simpanan, Simpanan Tetap, Simpanan Semasa serta lain-lain bentuk simpanan.

PERGERTIAN GAJI

Iaitu pendapatan seseorang yang merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan majikan atau orang perseorangan atau syarikat atau institusi. Pendapatan penggajian merangkumi:

DALIL PENSYARIATAN

Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda;
“Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham, dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.” (Riwayat Abu Dawud dan Baihaqi).


SYARAT-SYARAT WAJIB

Pendapatan wajib dikeluarkan zakat apabila memenuhi syarat-syarat berikut:
Islam: Zakat hanya diwajibkan keatas individu Islam yang cukup syarat untuk berzakat. Bagi syarikat atau perniagaan yang mempunyai pemilikan bercampur (bahagian orang Islam dan bukan Islam), hanya bahagian pemilikan orang Islam sahaja yang dikenakan zakat.
Pemilikan sempurna: Harta yang dikenakan zakat mestilah ada kesempurnaan dari segi pemilikan (hak milik aset) dan keupayaan mengurus iaitu mempunyai kuasa penuh ke atas harta.
Pendapatan/hasil yang halal: Pendapatan dari sumber yang halal. Pendapatan yang diperolehi oleh seseorang dari sumber yang haram seperti riba, perjudian dan seumpamanya hendaklah ditolak dari kiraan pendapatannya yang dizakatkan. Pendapatan-pendapatan dari sumber haram tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal
Cukup Nisab: Apabila pendapatan bersamaan atau melebihi nilai semasa 85gm emas maka pendapatan tersebut dikenakan zakat.
Haul: Apabila pendapatan yang disimpan melebihi tempoh setahun.


KAEDAH PENGIRAAN

Pengiraan Zakat Wang Simpanan adalah berdasarkan kepada jumlah baki yang paling rendah pada simpanan-simpanan yang dimiliki setelah ditolak dengan faedah (akaun konvensional) dan dicampur dengan hibah (Akaun Wadiah) yang diterima pada tahun tersebut.


Hubungi Kami

Kalu maklumat lantjut sila hubungi kami