• Mts Zakat; Sucikan Diri Bersihkan Harta

ZAKAT EMAS / PERAK

ZAKAT EMAS / PERAK

PERGERTIAN

Emas dan perak adalah hasil bumi yang memberi manfaat sama ada dalam bentuk asal atau siap diproses. Syariat mengharuskan emas dan perak digunakan dalam bentuk wang dan perhiasan.

SYARAT-SYARAT WAJIB

Islam
Milik sempurna
Cukup Nisab
Cukup Haul

DALIL PENSYARIATAN

Emas dan perak adalah dua jenis harta yang disepakati kewajipan zakat ke atasnya dengan syarat-syarat tertentu.
Firman Allah S.W.T. mafhumnya: “Dan (ingatlah) orang yang menyimpan emas dan perak tetapi tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Al-Taubah: 34).


KATEGORI EMAS YANG DIWAJIBKAN ZAKAT

1. Emas yang tidak dipakai.

Emas yang tidak dipakai bermaksud emas yang disimpan, tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun samada dalam bentuk asal atau dijadikan perhiasan.


2. Emas perhiasan wanita

Emas sama ada dipakai (sebagai perhiasan yang halal) sekali sekala atau secara berterusan dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Walau bagaimanapun, jika ia melebihi uruf (kebiasaan) maka wajib dikeluarkan zakat. Kadar yang diambil kira adalah berat emas yang melebihi uruf (tidak termasuk batu permata atau seumpamanya).
Nota : Uruf adalah merupakan had pemakaian setempat yang dibenarkan dan uruf berbeza mengikut negeri.


3. Emas sebagai alat pertukaran (wang)

Semua matawang yang berdasarkan emas dan perak diwajibkan zakat.


NISAB DAN KADAR ZAKAT EMAS

Nisab dan kadar Zakat Emas adalah berdasarkan dalil berikut:
Hadis Nabi S.A.W.yang bermaksud; “Tiada wajib atas engkau sesuatu (pada emas) sehingga engkau memiliki 20 dinar (85 gram). Apabila ada pada engkau 20 dinar dan cukup haul, maka wajiblah zakat padanya ½ dinar (2.5%) maka sekiranya lebih (dari 20 dinar), hendaklah dihisab menurut lebihannya itu (2.5%) daripada keseluruhannya.” (Riwayat Abu Daud).


NISAB DAN KADAR ZAKAT PERAK

Ijma’ Ulama’ telah menetapkan nisab Zakat Perak sebanyak lima (5) auqiyah. Satu auqiyah bersamaan 40 dirham (5 x 40 = 200 dirham) iaitu bersamaan 595 gram. [satu auqiyah = 119 gram].


Hubungi Kami

Kalu maklumat lantjut sila hubungi kami