• Mts Zakat; Sucikan Diri Bersihkan Harta

ZAKAT PENDAPATAN

ZAKAT PENDAPATAN

PERGERTIAN

Pendapatan termasuklah segala jenis hasil pendapatan atau pulangan sebagai balasan perkhidmatan wang berupa gaji, upah, bonus, dividen, hasil sewaan, royalti, hibah, elaun, honorarium, pampasan, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain bentuk perolehan dan apa jua pendapatan berdasarkan kerjaya atau sebagai ahli profesional.

PENDAPATAN BEBAS

Perolehan bermaksud pendapatan yang dihasilkan daripada pemilikan harta seperti hasil kebun/ladang, rumah sewa, hasil pajakan tanah dan lain-lain perolehan.

PENDAPATAN BEBAS

Iaitu pendapatan seseorang yang merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan majikan atau orang perseorangan atau syarikat atau institusi. Pendapatan penggajian merangkumi:
1. Gaji tahunan.
2. Tunggakan gaji.
3. Imbuhan tetap.
4. Lain-lain (termasuk bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan yang berkaitan dengan penggajian).


DALIL PENSYARIATAN

Firman Allah S.W.T. mafhumnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik.” (Al-Baqarah: 267).


SYARAT-SYARAT WAJIB

Pendapatan wajib dikeluarkan zakat apabila memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Islam: Zakat hanya diwajibkan keatas individu Islam yang cukup syarat untuk berzakat. Bagi syarikat atau perniagaan yang mempunyai pemilikan bercampur (bahagian orang Islam dan bukan Islam), hanya bahagian pemilikan orang Islam sahaja yang dikenakan zakat.
2. Pemilikan sempurna: Harta yang dikenakan zakat mestilah ada kesempurnaan dari segi pemilikan (hak milik aset) dan keupayaan mengurus iaitu mempunyai kuasa penuh ke atas harta.
3. Pendapatan/hasil yang halal: Pendapatan dari sumber yang halal. Pendapatan yang diperolehi oleh seseorang dari sumber yang haram seperti riba, perjudian dan seumpamanya hendaklah ditolak dari kiraan pendapatannya yang dizakatkan. Pendapatan-pendapatan dari sumber haram tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal
4. Cukup Nisab: Apabila pendapatan bersamaan atau melebihi nilai semasa 85gm emas maka pendapatan tersebut dikenakan zakat.
5. Haul: Apabila pendapatan yang disimpan melebihi tempoh setahun.


KADAR ZAKAT

Kadar zakatnya ialah sebanyak 2.5% berpandukan kepada kadar Zakat Emas kerana gaji dan pendapatan bebas itu diterima dalam bentuk matawang/nilai wang


Hubungi Kami

Kalu maklumat lantjut sila hubungi kami